“Cantik!”- Lukisan Mural Penghargaan Untuk Frontliners Covid-19

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kejadian contengan mural oleh orang yang tak bertanggungjawab. Perkara itu telah menyebabkan ramai netizen tak berpuas hati dengan orang yang buat tu.

Bercakap pasal mural, admin nak share satu mural yang cantik sebagai tanda penghargaan kepada frontliners. Admin kurang pasti mural ni dimana, tapi korang boleh tengok tweet oleh @anthraxxxx kat bawah ni.

Cantik, harap bertahan lah

Kebimbangan netizen tentang peristiwa contengan mural masih segar dan rata-rata mereka berharap mural ini dapat bertahan lebih lama dan tak tercemar dengan vandalisme orang tak bertanggungjawab.

Ini sebahagian dari frontliners yang kita tahu. Ada lagi abang polis trafik, pekerja kedai makan, makcik cleaner hospital dan lain-lain.

Harap mural ni tak kena vandalisme lah. Kalau nak rosak pun, biar sebab faktor cuaca. Jangan ada tangan yang gatal-gatal nak conteng benda bukan-bukan pulak.

Mural yang kat Sarawak ni pun cantik gak. Harap kekal cantik lah kan. At least boleh buat kenangan lepas kita berjaya hapuskan pandemik ni di Malaysia.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : LobakMerah

Harap Maaf