Luna Maya Hitung Hari Bahagia, Cincin Sebagai Bukti

KISAH cinta pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sering menjadi perhatian peminat serta netizen di laman sosial.

Seperti diketahui ramai, wanita berusia 37 tahun ini sempat menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti antaranya Reino Barack dan Ariel Noah, namun hubungan itu berakhir dengan kegagaIan.

Menerusi laporan KapanLagi, nama Luna kembali menjadi perbualan hangat netizen gara-gara muat naik di Instastory, baru-baru ini.

Meskipun berita gembira itu ditujukan kepada rakan terdekat atau close friends namun foto itu tersebar kepada umum dan dikongsi semula oleh peminat di Instagram.

Foto untuk rakan terdekat ini tersebar di media sosial.

Dalam muat berkenaan, netizen tertarik dengan cincin yang disarung di jari manis Luna beserta kapsyen yang ditulis.

“Big day 26/8… bismillah,” tulisnya yang hanya ditujukan kepada rakan terdekat.

Meskipun tidak menjelaskan maksud kapsyen ditulis itu, netizen sudah membuat andaian bahawa Luna akan bertunang atau menamatkan zaman bujang pada tarikh berkenaan.

“Minta doa saja ya teman-teman. Tunggulah tarikh itu nanti,” jawabnya ringkas.

sumber : mStar

Harap Maaf