‘Madu’ dating berdua, ramai puji keikhlasan wanita kongsi suami

Sebut sahaja perkataan ‘p0ligami’ pasti ramai isteri seperti ‘cacing kepanas4n’ dan ada yang mula tidak keruan mendengarnya. Bahkan, ramai yang berpendapat sanggup hidup bersendirian daripada hidup berkongsi kasih suami dengan wanita lain.

Bagaimanapun, bukan semua wanita beranggapan sebegitu malah segelintir mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan bermadu seperti yang dikongsi oleh seorang wanita ini.

Biar bermadu janji bahagia

Menggunakan akaun bernama @siigitom, wanita tersebut tidak segan berkongsi video mendedahkan kehidupannya sebagai seorang isteri kedua menerusi aplikasi TikTok miliknya.

‘Dating’ bersama madu

Dalam satu video yang dikongsi, dia dilihat cukup bahagia apabila dapat meluangkan masa berdua bersama kakak madunya, iaitu isteri pertama. Malah, kedua-duanya kelihatan begitu rapat sehingga disangkakan seperti adik beradik sewaktu bergambar bersama.

Hati baik dan bersih, kongsi suami pun okay

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat perkongsian wanita tersebut. Dalam pada itu, mereka turut memuji wanita terbabit serta kakak madunya atas keikhlasan berkongsi kasih suami. Memang tidak dinafikan lagi, bukan mudah tau hidup berkongsi suami ini.

Muka seiras, sedap mata memandang

Semoga kekal hingga syurga

Macam adik beradik, ‘sweet’ sangat

Selain itu, apabila melihat barang kemas yang dipakai oleh kedua-dua wanita berkenaan netizen beranggapan bahawa ternyata suaminya memang berkemampuan untuk berp0ligami.

Baguslah begitu, bahagiakan kedua-dua isteri sama rata dan adil! Semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga.

Sumber: TikTok @siigitom

Harap Maaf