Marvel Kngsi Pandang Pertama “FemaIe Thor” Dalam TraiIer Rasmi “Thor : Love And Thunder”

URA-ura bahawa Marvel Studios tak mahu hasilkan trailer untuk Thor: Love And Thunder sebagai saIah satu ekspriman baharu untuk filem ini nampaknya tak benar apabila Marvel Studios memperlihatkan pandang pertama filem Love And Thunder semalam.

Teaser ini memberi gambaran serba sedikit siapa yang akan muncul dalam Love & Thunder dan dapat dilihat ahli Guardians Of The Galaxy bakal memeriahkan dan mengikut pengembaraan Thor ke dunia baharu.

Penggunaan lagu ikonik “Guns Nโ€™ Roses” “Sweet Child Oโ€™ Mine” sebagai runut bunyi menambahkan lagi mood retro untuk filem ini. Namun paling mengujakan dalam teaser ini ialah pandang pertama Natalie Portman sebagai Female Thor, menggunakan senjata Mjolnir yang dahulunya retak dan musnah sebagai senjata.

Selepas menamatkan penggambaran pada Jun 2021, Chris Hemsworth berkata Love And Thunder bakal jadi satu filem yang “giIa-giIa” serta sarat dengan jenaka dan aksi.

Selain itu, pelakon Christian Bale turut akan beraksi di dalam filem ini sebagai Gorr the God Butcher. Bagaimana rupa Bale dalam filem ini nanti..? Nantikan tayangan filem ini di pawagam pada 8 Julai 2022.

sumber : vocket

Harap Maaf