Mat Saleh Ini Mampu Bertutur Pelbagai Bahasa Namun MengaIah Bila Bertemu Wanita Ini “Kecek Kelate”

UNTUK menguasai satu bahasa asing memerlukan satu jangka masa lama, inikan pula mahu menguasai hampir 30 jenis bahasa asing dari seluruh dunia. Namun, ada seorang lelaki dari Belanda, Wouter Corduwener, boleh berbuat sedemikian.

Wouter gemar membuat video bersiri di mana beliau akan berjumpa mana-mana orang awam dan akan bersembang orang tersebut mengikut bahasa ibunda yang mereka gunakan.

Dalam satu siri video yang dikongsikan, Wouter ada membuat satu “cabaran” di mana beliau akan memberikan €20 ( RM92.50 ) kepada mana-mana orang awam yang boleh berbicara dengannya dalam bahasa yang beliau tak tahu.

Semasa beliau bertemu dengan sekumpulan pelancong, Wouter telah bertemu dengan seorang wanita Malaysia yang bercakap dalam dialek Kelantan. Jelas kelihatan Wouter sukar menjawab semula apa yang dituturkan oleh wanita itu mengikut dialek yang digunakan.

“So, demo kecek kelate ke..? Bahasa apa demo kecek..?” kata wanita Malaysia itu.

Setelah mendengar penerangan wanita Malaysia itu, Wouter segera memberikan €20 (RM92.50) kepadanya sebagai hadiah berjaya “menewaskan” beliau. Seorang lagi wanita yang ada di situ terpinga-pinga apabila melihat kedua-duanya bersembang.

Wouter menerangkan bahawa mereka sedang berbicara dua bahasa berbeza, beliau menggunakan Bahasa Indonesia, manakala wanita itu pula menggunakan Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ).

Perkngsian semula video itu telah menarik perhatian warganet. Rata-rata ramai mengagumi dengan Wouter kerana beliau sangat arif membezakan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia, walaupun kedua-duanya mempunyai sebahagian bunyi dan perkataan yang agak sama.

Menurut akaun TikTok yang memuat naik semula video itu, ada beberapa siri video lain menunjukkan Wouter telah bertemu dengan pelancong-pelancong Malaysia dan beliau tewas dengan Bahasa Ibunda Malaysia.

Jika anda berminat untuk menonton lebih banyak lagi video menarik daripada Wouter Corduwener, anda boleh lihat di saluran YouTube rasminya di sini.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di 𝗕erita 𝗛ıʙuʀᴀᴎ 𝗦emasa

sumber : vocket

Harap Maaf