Menang Besar Di Oscars Tapi Ciplak Karya Tamil – Filem Parasite

“Saya tengok filem Parasite dan saya rasa mereka mencuri idea asal itu dari Minsara Kanna.”

Demikian kata penerbit filem Tamil PL Thennapan yang mendakwa plot filem Parasite yang menerima anugerah Oscar saling tak tumpah dengan karya asalnya, Minsara Kanna.

Berkata dalam temu bual bersama India Today, filem tahun 1999 itu berkisar mengenai lelaki kaya menyusup masuk ke rumah kekasihnya dengan menyamar sebagai pengawal peribadi.

“Saya sedang berbincang dengan beberapa peguam antarabangsa dan masih mempertimbangkan tindakan menyaman terhadap pembuat filem Parasite,” katanya.

Walaupun menyedari persamaan kedua-dua filem itu, pengarah Minsara Kanna bagaimanapun tidak terfikir untuk mengambil langkah sama untuk memfailkan kes terhadap pengarah dan penulis skrip Parasite, Bong Joon-ho.

“Walaupun Minsara Kanna menjadi karya inspirasi, saya gembira Parasite menerima anugerah Oscar. Tetapi, terpulang kepada penerbit sama ada untuk meneruskan tindakan memfailkan kes berkenaan,” ujarnya.

Filem dari Korea Selatan itu mencetus sejarah apabila dinobat sebagai Filem Terbaik, sekali gus menjadi filem Asia pertama memenangi kategori berkenaan di Oscars.

Selain itu, ia juga dinobatkan sebagai Filem Antarabangsa Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Joon Hoo turut merangkul kategori Pengarah Terbaik.

Sumber: India Today

Harap Maaf