Mereka Yang Tidak Solat Berjemaah Di Masjid

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh saya ingin sekali menyuruh solat, lalu dikumandangkan iqamah, kemudian saya menyuruh seseorang mengimami solat berjamaah (menggantikan saya), lalu saya pergi bersama beberapa orang yang membawa longgokan kayu bakar ke rumah orang-orang yang tidak mengerjakan solat berjamaah, kemudian saya bakar rumah-rumah mereka dengan api.” [Sunan Abu Daud No: 461]. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah menekankan kepentingan untuk lelaki Muslim mengerjakan solat fardu di Masjid.

2. Ancaman Rasulullah untuk membakar orang berserta rumahnya kerana tidak mengerjakan solat fardu di masjid (tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak). Menunjukkan kepentingan solat fardu berjemaah di masjid.

3. Lelaki Muslim yang mendengar azan dan tidak menunaikan solat berjemaah di masjid, solat yang dilaksanakan di rumahnya tidak akan sempurna tanpa alasan yang dibenarkan syarak. Hadis Rasulullah SAW:

مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُمْ قَالُوا مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يُجِبْ فَلَا صَلَاةَ لَهُ و قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ هَذَا عَلَى التَّغْلِيظِ وَالتَّشْدِيدِ وَلَا رُخْصَةَ لِأَحَدٍ فِي تَرْكِ الْجَمَاعَةِ إِلَّا مِنْ عُذْرٍ

Dari sahabat Nabi SAW dengan banyak jalur, mereka mengatakan, “Barangsiapa mendengar seruan azan lalu tidak memenuhi panggilannya (hadir untuk solat), maka tidak ada solat baginya.” Dan sebahagian para ahli ilmu berkata; “Hal ini sangat ditekankan dan tidak ada keringanan bagi seseorang untuk meninggalkan solat berjamaah kecuali bila ada uzur.” (Sunan Tirmidzi No: 201) Status: Hadis Sahih

Marilah kita imarahkan Masjid dengan menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita.

Harap Maaf