Nasi Komok, Nasi Beriani Siam – Aromanya Macam Tak Cukup Sepinggan

Mungkin ramai yang tidak pernah dengar atau tahu mengenai hidangan nasi komok atau nasi beriani siam. Hidangan ini berasal dari daerah di selatan Thailand juga dikenali dengan nama khao mok gai.

Aroma hidangan ini cukup wangi dan rasa nasi komok ini lebih kurang juga seperti nasi Arab serta boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk.

Resipi Nasi Komok

Resipi di bawah menunjukkan bahan-bahan dan cara penyediaan daripada awal sehinggalah akhir.

A: Bahan-bahan untuk nasi:-

 

  • 1kg beras basmati (bersihkan  dan toskan)
  • Serbuk nasi komok

– 2 sudu serbuk kurma ayam atau daging
– 1 sudu serbuk kunyit
– 1 sudu serbuk jintan manis
– 1 sudu serbuk jintan putih
– 1/2 sudu serbuk kayu manis

Cara menyediakannya:

  1. Tumiskan bahan dalam peiuk sampai naik bau.
  2. Masukkan ayam 2-3 ketul untuk keluarkan air ayam dan masukkan air ikut sukatan beras.
  3. Jangan lupa letak gula, garam atau secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan beras dan tutup periuk tunggu nasi tanak.

 
B: Bahan Untuk Perapan Ayam

  • 4 batang serai
  • Ketumbar
  • Kunyit fresh dan debu
  • 1labu bwg putih
  • Halia
  • 1 sudu tepung gdum
  • Sedikit pewarna merah
  • Sedikit garam@ckup rasa

Cara menyediakannya : Kisar dan gaulkan pada ayam dan perap satu jam sebelum goreng.

C: Bahan untuk pencicah

 

  • 3-4 ulas bawang putih
  • 4 biji Cili merah
  • 5-6 biji cili padi
  • Akar daun ketumbar
  • Sedikit garam
  • Gula
  • 2sudu cuka
  • Air

Cara menyediakannya : Kisar smua bahan di atas dan panaskan atas dapur biar smpai pekat dan tabur daun ketumbar.

Nasi komok siap untuk dinikmati seisi keluarga. Hidangan ini enak dimakan bersama salad sayuran dan sambal tomato.

 

Selamat mencuba!

Kredit Resepi : Khaled M.A. Abdul Jawad

Harap Maaf