Nasi Lemak Bunga Telang Rangkul Juara, Diangkat Di Ireland

Bakat orang Malaysia dalam bidang masakan bukan calang-calang pastinya. Terbaru, seorang chef negara ini berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan masakan di Dublin, Ireland.

Astro Awani melaporkan Siti Safura Mohd Tawil merangkul gelaran juara dalam pertandingan kemas masakan Asia-India menerusi pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020.

Lebih menarik, menu yang dihidangkan merupakan makanan identiti Malaysia iaitu Nasi Lemak yang ditambah bunga telang.

Chef Ireland culinary competition 2020 ☘️??Alhamdulillah, Gold for Nasi Lemak Bunga Telang????.Thank you to Malaysian Ambassador TYT Encik Zakaria Nasir and wife Puan Junainah Che Ali for your endless support ✨..Also thank you to Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa and Sir Razman for your advices and opinion. Really appreciate it!.Last but not least, Jazakillah khyr to my family ♥️Thank you Allah♥️. #Doneexam .Safura Tawil5 February 2020Personal Cook for Malaysian Ambassador in Dublin, Ireland ??

Posted by Safura Tawil on Wednesday, February 5, 2020

“Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga.

“Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” katanya.

Warganet turut berasa teruja dan mengucapkan tahniah atas kejayaan wanita ini mengangkat hidangan tradisional Malaysia. Syabas!

Sumber: Astro Awani

Harap Maaf