Netizen Kurang Senang Apabila Kanak-Kanak “Bermain” Berdekatan Hypercar Bernilai RM14.44 Juta

SESIAPA sahaja pasti akan berasa teruja apabila dapat melihat “kenderaan idaman” di hadapan mata sendiri semasa berada di acara pameran terbuka. Sudah pasti kita akan ambil peluang untuk mengabadikan kenangan itu dengan mengambil gambar dan video untuk dikongsikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Bagaiamanapun, pasti anda akan ternampak segelintir pihak yang “gatal tangan” dengan bersandar di sebelahnya, duduk di bonet hadapan atau cuba membuka pintu untuk duduk di dalamnya. Jika orang dewasa sering kali dilihat membuat perkara terbbit, apatah lagi kalau kanak-kanak yang masih belum matang pemikirannya.

Baru-baru ini beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pengguna Instagram @grrevintjahja telah menjadi bualan netizen Indonesia apabila terdapat sepasang kanak-kanak dibiarkan masuk ruang pameran dan “bermain” dekat dengan hypercar yang dipamerkan di sebuah gedung beli-belah pada awal bulan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Revin Tjahja (@grrevintjahja)

Kelihatan seorang wanita dipercayai penjaga kanak-kanak tersebut membiarkan sahaja mereka masuk melepasi “pagar” yang menghalang orang ramai mendekati hypercar “Koenigsegg Jesko Absolut” yang bernilai USD3.42 juta (RM14.44 juta) itu.

Wanita tersebut juga dilihat merakam gambar/video semasa kanak-kanak itu bermain-main berhampiran hypercar itu dan mereka juga meletakkan kaki di atas front bumper splitter lip yang diperbuat daripada carbon fiber semasa posing untuk bergambar.

Perkongsian gambar-gambar itu telah membuatkan netizen Indonesia mempert1kaikan pendapat masing-masing. Ada kelompok yang “membenarkan” tndakan kanak-kanak tersebut dengan alasan mereka masih kecil dan setiap kereta yang dipamerkan sepatutnya dibiarkan orang ramai mendekati lebih dekat.

Manakala sekelompok lagi kurang bersetuju dengan tindakan pendapat tersebut kerana ia kelihatan kurang sopan tak menghormati pengunjung lain dan ada sebab kenapa penganjur meletakkan “pagar” di sekeliling kenderaan yang dipamerkan setiap kali berlangsungnya acara pameran terbuka.

Menurut @grrevintjahja, selepas wanita dan kanak-kanak tersebut pergi daripada ruang pameran tersebut, ada pengawal yang datang menjaga ruang pameran hypercar itu dengan lebih ketat bagi mengelakkan inCden yang sama berIaku lagi.

Tambahnya lagi, beliau meminta para pelawat yang menghadiri apa-apa jua pameran terbuka supaya menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjjaskan apa barangan yang dipamerkan dan pada masa sentiasa menjaga adap supaya tak timbul rasa kurang senang terhadap pengunjung lain.

Untuk makluman semua, Koenigsegg sudah melebarkan sayap perniagaannya ke Indonesia pada pertengahan Mac lalu melalui TDA Koenigsegg, pengedar rasmi negara tersebut.

sumber : vocket

Harap Maaf