Netizen Kurang Senang Penggunaan RFID Di Plaza Tol

SEJAK minggu lalu lagi pihak PLUS telah mewar-warkan kepada pengguna jalan raya agar mula beralih kepada penggunaan Tag Touch n Go RFID kerana semua plaza tol mula menyokong pengunaan RFID secara berperingkat bermula 15 Januari baru-baru ini.

Terbaharu, tuIar satu rakaman video menunjukkan keadaan trafik di tol Bandar Seri Putra, Bangi diIaporkan sesak teruk didakwa berpunca daripada penggunaan RFID di plaza tol berkenaan.

Menurut ahli Facebook Group Bandar Seri Putra Community [Official], kawasan tol tersebut sememangnya sudah lama mengalami kesesakan trafik sejak dahulu lagi. Namun sejak pelaksanaan lorong RFID baru-baru ini, pengguna jalan raya terpaksa menempuh kesesakan trafik dengan lebih lama berbanding sebelum ini.

Difahamkan rakaman video itu dibuat pada pukul 7 pagi ketika orang ramai dalam perjalanan menuju ke tempat kerja masing-masing. Pengguna jalan raya itu mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol di kawasan tersebut.

Antara komen-komen yang dikongsikan oleh ahli Facebook Group Bandar Seri Putra Community [Official], ada mendakwa terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas itu selama satu jam walaupun sudah keluar dari rumah pada awal pagi lagi.

Memetik Iaporan media, kesesakan lalu lintas ini turut berlaku di Tol Sungai Besi apabila keadaan trafik sesak kira-kira 10 kilometer menghala ke arah bandar Kuala Lumpur.

Ketika artikel ini ditulis, rata-rata ramai orang sedang meluahkan rasa kurang berpuas hati melalui media sosial mengenai penambahan lorong RFID dan pengurangan lorong SmartTAG di plaza tol sekitar kawasan lebuh raya.

Orang ramai mendkwa pengembangan pengunaan kaedah pembayaran tol baharu itu menyebabkan mereka terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas jauh lebih lama jika dibandingkan dengan sebelum ini.

sumber : vocket

Harap Maaf