Netizen Tumpang Gembira Izzue Islam Mampu Beli Rumah Idaman Untuk Isteri

PENYANYI dan pelakon, Izzue Islam meluahkan kesyukuran apabila dapat membeli sebuah rumah idaman bersama isteri Awin Nurin yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor baru-baru ini.

Menerusi perkngsian di laman Instagram, bekas anggota kumpulan Forteen itu memuat naik satu video memperlihatkan momen ketika mereka menjejakkan kaki ke rumah dua tingkat berkenaan.

Alhamdulillah..!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Selepas menguruskan beberapa dokumen dan menerima kunci rumah, video berdurasi 30 saat itu jelas kelihatan raut wajah gembira pasangan tersebut sambil meninjau persekitaran kediaman mereka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut Izzue turut tumpang serta mengucapkan tahniah atas kurniaan rezeki itu yang disifatkan sememangnya layak setelah bekerja keras sebagai anak seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Malah, terdapat juga segelintir individu mendoakan pasangan itu agar memperoleh rezeki cahaya mata pula setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Tahniah..! Korang memang layak

Lelaki kacak memang setia

Alhamdullilah, moga dapat zuriat pula…

Percaya dengan perancangan Tuhan

Moga Allah hadirkan rezeki anak pula..!

Terdahulu, Izzue atau nama penuhnya Muhammad Izzul Islam Mazlan berkahwin dengan Awin yang juga pengurusnya di Masjid Negeri Selangor pada 2 Jun 2013 dan belum dikurniakan zuriat.

sumber : OhMyMedia

Harap Maaf