Objek Misteri Jatuh Dari Langit

Warga Indonesia dikejutkan dengan video penampakan objek misteri yang mendarat di perairan Situbondo, Jawa Timur, lapor Jakarta.suara.com.

Menurut Ketua Lembaga Penerbangan dan Angkasa (LAPAN), Thomas Djamaludin, objek misteri itu berkemungkinan merupakan belon udara.

“Gambarnya tidak jelas. Boleh jadi belon udara kerana ia jatuh secara menegak,” ujar Thomas.

Dalam rakaman tular, kelihatan satu objek panjang berwarna hitam dalam keadaan menegak jatuh perlahan-lahan sebelum masuk ke dalam laut.

Jelas wakil polis tempatan, AKP Moh Fauzan, mengesahkan kejadian yang berlaku pada petang Jumaat, 21 Mei yang lalu itu.

sumber:siakapkeli

Harap Maaf