[VIDEO] Kesian! Ini Antara 7 Momen Memaalukan Penyanyi Tersohor Malaysia Yg Terjadi Di Atas Pentas

Bagaimana perasaan anda jika waktu membuat persembahan diatas pentas, tiba-tiba berlaku perkara yang memalukan seperti terjatuh, tercampak mikrofon, suara terkucil dan sebagainya. Namun perkara yang terjadi di luar kawalan seperti ini memang sudah biasa dan sering berlaku dalam dunia realiti.

Jom kita tengok beberapa perkara tanpa sengaja yang memalukan yang berlaku kepada beberapa selebriti ini ketika mereka membuat persembahan di atas pentas.

Jacklyn Victor

Siapa yang tidak mengenali penyanyi bersuara lantang ini yang juga merupakan seorang pemenang kepada satu rancangan realiti ‘Malaysian Idol Season 1’, Jacklyn Victor yang pernah jatuh tergolek dalam satu persembahan live ketika namanya diumumkan oleh Misha Omar untuk persembahan seterusnya. Memang mem4lukan namun Jacklyn adalah seorang penyanyi yang profesional, dia tetap meneruskan persembahan dan berseloroh kepada peminat dengan mengatakan “Jangan nak ketawa”. 

Khai Bahar

Agaknya Khai Bahar nak tiru gaya Mas Idayu menyanyi kan? Dalam satu persembahan live MELETOP, Khai Baru sahaja mula untuk menyampaikan lagunya ‘Luluh‘ tetapi disebabkan terlalu ‘feeling‘, Khai secara tidak sengaja telah memegang mikrofon di tangannya secara terbalik.

Amy Search

Dalam satu persembahan live, penyanyi kepada lagu ‘Isabella‘, Amy Search yang sedang rancak berinteraksi dengan penonton tanpa sengaja telah terjatuh ke bawah pentas. Nasib baik Amy Search tidak mengalami sebarang kec3deraan yang serius.

Ziana Zain

Kalau Khai Bahar menyanyi dengan memegang mikrofon secara terbalik, lain pula yang terjadi kepada penyanyi Ziana Zain. Dalam satu pertunjukan fesyen, Ziana Zain telah membuat persembahan dengan penuh bersemangat tetapi tiba-tiba tanpa sengaja Mikrofon di tangannya telah tercampak. “Tangannya agak licin disebabkan losyen yang dipakai”. kata Ziana selepas selesai membuat persembahan dalam satu sesi temubual.

Adira

Selepas sahaja selesai membuat persembahan dan sewaktu berjalan keluar dari pentas, penyanyi Adira tiba-tiba terjatuh. Ketika itu, pengacara Awal Ashaari menyedari situasi yang berlaku, dengan pantas telah menghulurkan bantuan pada Adira. Difahamkan keadaan pentas ketika itu memang agak licin.

Nora Ariffin

Pelantun lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ yang bersuara lunak, Nora Ariffin telah berdepan dengan satu insi1den ketika membuat persembahan live. Nora secara tiba-tiba telah jatuh tersungkur sewaktu berjalan untuk naik ke pentas. Namun, sebagai seorang penyanyi yang sangat profesional, Nora bangun dan meneruskan nyanyian sambil memohon maaf selepas mendapati kainnya telah tersangkut di anak tangga pentas.

Nabila Razali

Penyanyi Nabila Razali yang menyanyikan lagu ‘Peluang Kedua’ di pentas akhir Anugerah Juara lagu ke 35 telah ‘terkucil’ saat membawakan lagu tersebut secara langsung. Ramai yang mengatakan bahawa Nabila tidak layak untuk menyanyi secara live namun tak kurang juga yang sentiasa menyokong dan mengatakan yang Nabila telah berusaha untuk menyampaikan lagu tersebut secara baik.

Ziana Zain dan Khai Bahar juga pernah tersadung kaki di tempat yang sama ketika menaiki pentas untuk membuat persembahan. Tapi mereka berdua nampak comel!.

Sumber : murai,my

Harap Maaf