Patah Jari Ditolak Suami Kerana Minta Cerai

Berang isteri tuntut cerai, lelaki menolak wanita itu hingga mangsa patah jari manis.

Berita Harian melaporkan kejadian berlaku jam 12.35 tengah hari semalam, di rumah mereka di Kuala Berang.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa berusia 34 tahun meminta suaminya, 37, menceraikannya kerana berasa sering diabaikan.

“Suspek tidak memberi sebarang reaksi, sebaliknya bertindak keluar dari rumah menyebabkan mangsa menghalang suspek kerana mahu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

“Namun, suspek menolak mangsa dengan kuat menyebabkan wanita itu patah jari manis tangan kirinya sebelum beredar meninggalkan mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud.

Mangsa yang kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.

Tambahnya, anggota dikerahkan bagi memburu suspek susulan menerima laporan dibuat mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecderaan dengan sengaja.

Harap Maaf