Patung Elsa kembali ke rumah selepas dua kali dibuang

SEBUT sahaja patung berhantu, pasti ramai yang teringat akan filem seram Annabelle.

Namun lain pula ceritanya dengan patung Elsa yang mana karakter kartun itu bukanlah sesuatu yang menyeramkan.

Namun, ia menjadi igauan buat sebuah keluarga di Texas, Amerika Syarikat apabila patung Elsa yang dibuang sebanyak dua kali kembali semula ke rumah mereka.

“Anak saya tak marah nak buang patung tu, sebab ia dah lama dan kotor. Jadi kami buang dalam tong sampah.

“Tapi dua minggu kemudian ia kembali ke rumah saya. Dua kali terjadi. Serius, kami perlukan bantuan,” ujar Emily Madonia.

Dia turut berkongsi kisah seram itu menerusi laman Facebook miliknya.

Kata Emily lagi, dia yakin patung itu sudah diangkut oleh lori sampah bersama sampah-sarap lain.

Tambahnya, kehadiran semula patung itu memberi igauan buat keluarganya.

Sumber: India Times.

Harap Maaf