Pejabat Syed Saddiq DiArah Tutup DiSebabkan Menjadi Pusat Tumpuan

SEJAK penularan pandem1k COV1D-19, ramai rakyat yang terjejas dari segi sumber pendapatan. Ramai yang diberhentikan kerja, malah ada juga yang tidak boleh melakukan pekerjaan seperti hari-hari biasa dek kerana kekangan tertentu seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi membantu meringankan beban penduduk Muar, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat kerap turun padang mengagihkan pelbagai bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

Luah kecewa, pejabat ditutup kerana terlalu ramai minta bantuan

Bagaimanapun, berikutan terlalu ramai penduduk Muar yang meminta pertolongan, Syed Saddiq meluahkan rasa kecewa apabila pejabat Parlimen Muar diarahkan tutup bermula hari ini oleh pihak polis.

Menerusi laman sosial Twitter miliknya, bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu memberitahu bahawa tindakan tersebut dikenakan kerana terlalu ramai orang beratur di luar pejabat.

“Saya diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok. Polis kata terlalu ramai orang beratur di luar pejabat. Sejak 2 hari lepas, saya dan team Muar telah bekerja untuk mengagihkan bantuan makanan kepada 5,000 keluarga Muar.“Saya tak boleh halang orang susah & lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya. Kalau nak kompaun, kompaun saya!! Jangan tambah beban rakyat Muar!!”

Dah lakukan pelbagai inisiatif patuh SOP

Sementara itu dalam ciapan lain, figura berusia 29 tahun itu menegaskan bahawa beliau telah melakukan pelbagai cara untuk mematuhi SOP seperti sistem kupon 100/hari, meminta bantuan RELA, polis dan ketua-ketua kampung untuk memantau keadaan.

Malah, beliau turut mengehadkan jumlah pekerja yang memasuki pejabat. Namun begitu, disebabkan terlalu ramai yang terjejas pada saat ini, beliau tidak boleh menolak untuk membantu mereka.

Penutupan pejabat Parlimen Muar itu telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen yang turut kecewa dengan kejadian tersebut. Bukan itu sahaja, ada segelintir yang memberi cadangan bagi menambahbaik prosedur pengagihan bantuan tersebut.

Patutnya mereka kena turun bantu

Orang beratur sebab susah

Gunakan khidmat rider

Minta orang perlukan bantuan datang melalui ‘appointment’

Awal bulan lalu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA khas untuk rakyat di kawasannya.

Selain menyumbang gaji sebulan dan hasil keuntungan jualan produknya, difahamkan Syed Saddiq turut mengumpul dana menerusi sumbangan orang ramai ke pusat khidmat Parlimen beliau.

Terima Kasih

sumber : OhMyMedia

Harap Maaf