BARU-BARU ini kcoh di media sosial apabila sebuah drama yang mengetengahkan genre gey dibarisi oleh pelakon-pelakon tempatan. Lebih mengejutkan, drama itu juga ditayangkan di aplikasi temu janji kaum sejenis.
1su tersebut telah menjadi bualan netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana drama itu lulus dihasilkan. Malah, pelakon drama itu iaitu Danish Iskandar telah menerima kr1tikan hebat netizen.
Penjelasan daripada empunya badan.
Nilaikan sendiri.Bagi saya, boleh nampak tertekannya adik ni. pic.twitter.com/dLPJUFoli0
— Awan Wafdan ⛅️ (@seketulawan) December 5, 2021
Ni main cast, tajuk stay away from me 🤡 pic.twitter.com/wx6Fy6fnDc
— iza ♡︎ (@bflwrdaisy) December 5, 2021
Danish dalam satu kenyataan di Twitter miliknya menegaskan bahawa tidak tahu tentang babak yang kurang “menyenangkan” itu dalam drama Stay Away From Me. Menurutnya, dalam kontrak tidak diberitahu bahawa drama itu mempromosikan aplikasi gey dan tiada babak seperti itu.
Malah, Danish baru tahu drama itu sebenarnya promosikan aplikasi gey. Ketika dalam penggambaran, dirinya tidak tahu dan hanya mengetahui perkara itu selepas drama itu disiarkan.
and also for those yang tak clear , dlm contract memang takde langsung bgitau pasal cite ni is about to promote apps gay and takde pun scene scene yang mcm tu , so yea bila dh shoot tu dorang baru letak and baru semalam release series tu and saya baru tahu bende ni prmte app gay
— danishleh (@danishlehh) December 5, 2021
Oleh itu, ibu bapanya akan mengambil tindakan undang-undang berkenaan apa yang berlaku kepadanya. Danish juga meminta maaf dan berjanji akan berhati-hati kelak.
Menurut Iaporan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersedia untuk merujuk k3s tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan s1asatan dijalankan.
Malah, Idris Ahmad iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan hal ini bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia. Malah, jabatan agama negeri akan diminta memanggil pelakon tersebut untuk kepastian.
sumber : vocket