PELUKAN RINDU : Abang Adik Sebak Lepas Rindu Setelah Lama Tak Jumpa

SEJAK pengumuman merentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober 2021, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman bertemu ahli keluarga setelah lama terpisah.

Ada juga yang bertindak menziarahi saudara-mara di kediaman mereka bagi melepaskan rindu yang teramat sangat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa bulan yang lalu.

Pertemuan abang adik

Salah satu video yang begitu menyentuh hati adalah dari seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tinaozair apabila memuat naik momen haru pertemuan bapa dan pakciknya yang sudah lama tidak berjumpa.

Menerusi kapsyen yang ditinggalkan, @tinaozair memaklumkan yang mereka berdua terpisah kerana seorang berada di Raub dan seorang lagi di Alor Setar.

Anak cucu menangis sama

Jadi pertemuan tersebut sangat menyebakkan ahli keluarga yang lain susulan mereka berdua berpelukan dan saling menitiskan air mata kerana begitu merindui antara satu sama lain.

Anak cucu yang melihat situasi itu juga tidak dapat mengawal perasaan kerana situasi sebak itu begitu menyentuh hati.

Ni video paling sedih hari ini

Warganet yang menonton video tersebut turut meninggalkan komen mengakui bahawa berasa sedih kerana momen sebegitu memang banyak terjadi sejak aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Ramai rakyat Malaysia mengambil kesempatan bertemu orang tersayang untuk melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.

Bila tinggal adik beradik yang hidup, mesti rindu

“Aku pun teriak sama pasai apa”

Kasih sayang adik-beradik


sumber : OhMyMedia

Harap Maaf