Pemandu H “Hulur” SmartTAG Di Lorong RFID Undang PersoaIan

PADA setiap tahun, pasti akan ada pengguna plaza tol akan berkongsi rakaman video dashcam di mana kereta dibelakangnya akan membuat perkara “pelik-pelik” sehingga menyosahkan pengguna jalan raya lain.

Baru-baru ini seorang pengguna plaza tol berkongsi satu rakaman video di mana sebuah Honda City yang ada di belakangnya cuba membayar tol dengan SmartTAG semasa berada di lorong RFID.

 

Hantaran video tersebut mencetus pelbagai persoalan yang ditimbul di kalangan netizen. Ada yang pelik bagaimana pemandu Honda City itu tidak perasan lorong tersebut khas untuk RFID sahaja, sedangkan papan tanda ada tertulis dengan besarnya.

Pada masa yang sama, netizen turut mendkwa pemandu Honda City itu sengaja gunakan SmartTAG tersebut sebagai “cover line” supaya dia dapat menghimpit kenderaan di hadapannya untuk mengelak daripada membayar tol.

Tambah orang ramai lagi, sepatutnya pemandu Honda City itu berada di lorong SmartTAG atau Touch ‘n Go sejak awal lagi supaya tidak menggnggu lalu lintas di kawasan plaza tol tersebut.

Namun jika dia gunakan SmartTAG sebagai “cover line” untuk mengelak bayar tol, memang wajarlah pemandu tersebut dikecam ramai.

sumber : vocket

Harap Maaf