Pemandu Myvi Kongsikan Keadaan Terkini Selepas Terselamat

PADA minggu ini kisah sebuah lori melanggar beberapa buah kenderaan masih hangat menjadi bualan orang ramai, lebih-lebih lagi selepas melihat pemandu kereta Perodua Myvi berjaya keluar daripada kenderaan dengan selamat.

Jika dilihat pada keadaan kereta Myvi tersebut, amat mustahil untuk seseorang dapat keluar daripada kenderaan yang sudah hancur remuk tanpa sebarang kecederaan p4rah.

Baru-baru ini salah seorang rakan kepada pemandu Myvi telah berkongsi beberapa klip video di TikTok yang mana dia telah menghubungi pemandu itu untuk bertanya khabar dan kisah lebih lanjut mengenai kemaIangan tersebut.

Menurut pemandu itu atau lebih dikenali sebagai Nik, dia sudah pun keluar daripada hospitaI selepas membuat rawatan lanjut setelah kemaIangan nger1 berIaku kepada dirinya.

Tambah Nik lagi, hasil rawatan lanjut mendapati hidungnya patah, mulut perlu dijahit dan baru sekarang beberapa bahagian di badannya terasa sakit kesan impak hentaman kuat lori pasir tersebut.

Muka Nik turut mengalami bengkak bengkiI ak1bat sistem keselamatan beg udara kereta Myvi terbuka sejurus lori itu menghentam bahagian belakang keretanya.

Rakan Nik menyatakan ramai orang mengatakan kereta Nik tidak mempunyai sistem keselamatan beg udara, namun Nik menyangkalnya dengan menyatakan sekiranya kereta tersebut tidak mempunyai airbag, mungkin dia tidak akan terselamat dalam kemalangan ngeri tempoh hari.

Pada masa yang sama Nik mengucap syukur kepada Allah S.W.T memanjangkan usianya kerana semasa ins1den terjadi, rempuhan lori itu menghancurkan struktur kereta Myvi itu betul-betul sehingga di bahagian belakang tempat duduk pemandu dan pada masa yang sama keretanya tidak meletup.

Rata-rata ramai orang kagum melihat Nik boleh keluar daripada tingkap hadapan yang sudah pecah. Namun sebenarnya, dia meminta pertolongan orang ramai di tempat kejad1an untuk “membuka” laluan supaya Nik boleh keluar daripada keretanya yang hancur remuk itu.

“Tak boleh keluar juga dari tingkap waktu itu, kereta itu sudah remuk jadi bentuk ‘V’. Lepas itu saya minta tolong orang ramai tarik kereta itu untuk besarkan ruang, barulah saya boleh keluar,” terang Nik kepada rakannya melalui perbualan telefon.

Apabila ditanya mengenai pemandu lori yang meIanggarnya, Nik menyatakan dia sendiri langsung tidak tahu bagaimana dengan pemandu tersebut dan hanya memaklumkan akan membuat Iaporan polis pada hari berikutnya.

Sebelum mengakh1ri perbualan, Nik sekali lagi mengucapkan syukur kerana terselamat daripada kemalangan ngeri yang menimpa dirinya baru-baru ini. Bagi Nik, kejadian tersebut umpama satu “keajaiban” yang dia tidak akan lupa sampai bila-bila.

Orang ramai rata-rata kagum mendengar cara Nik berbual dengan cukup tenang dan sopan-santun semasa berkongsi keadaan terkini dirinya. Pada masa yang sama netizen memuji Nik kerana dia tidak “menunjukkan” sebarang nada perasaan marah apabila diajukan soalan mengenai pemandu lori yang hampir menyebabkan dia kehilangan nyawa.

Mari kita semua sama-sama mendoakan Nik cepat sembuh seperti sedia kala dan mendapat ganti rugi yang setimpal daripada pihak yang bertanggungjawab.

sumber : vocket

Harap Maaf