Pembantu Rumah Abby Abadi Buat Laporan Polis Dakwa Dianiayai

Pelakon, Abby Abadi meluahkan kekecewaannya terhadap bekas pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Reena kerana memfitnahnya.

Pengakuan di Instagram beserta sekeping gambar Reenaย  dimuatnaik kerana wanita itu telah menuduh Abby tidak membayar gajinya. Lebih teruk ‘menjual’ nama pelakon itu demi kepentingan peribadinya.

Menurut Abby, kerana kasihan dengan cerita Reena (tidak dibayar gaji oleh majikan lama), dia mengambil wanita itu bekerja dengannya. Pada bulan pertama dan kedua baik sahaja tetapi kemudiannya banyak yang tidak kena menyebabkan Abby memberhentikannya dengan gaji penuh.

“Masalahnya, tak lama ada hamba Allah bagitahu yang Reena fitnah saya tak bayar gajinya. Terus saya call Reena dan dia minta maaf.”

 

Setelah lima bulan berlalu, perbuatan Reena terbongkar apabila ada orang menuntut hutang dengan Abby. Rupa-rupanya wanita itu menipu dengan meminta duit daripada prospek yang menelefon nombor bisnes Abby (nombor tersebut dijaga sementara oleh Reena).

 

Terbaharu, semalam wanita itu membuat laporan polis menyatakan Abby menganiayainya kerana menyiarkan gambarnya.

“Saya tak report polis, tak minta ganti rugi apa pun dah cukup baik ya Reena. Awak berhutang dengan orang guna nombor bisnes saya, order makanan banyak-banyak, bagi 3-5 helai tudung saya buat hadiah. Berani betul awak ya.”

Berikutan luahan Abby itu, ramai juga yang memberitahu mereka ‘terkena’ dengan wanita ini membabitkan wang ringgit.

 

Aduhai, kisah pembantu rumah begini memang kerap berlaku kan? Sabar lah, mungkin Abby patut membuat laporan polis juga bagi tujuan keselamatan kan?

Harap Maaf