Pemuda Luah Rasa Kecewa Selepas 2x DiCurangi

DALAM menjalin perhubungan cinta, perkara yang paling ditakuti adalah sekiranya si dia bersikap curang di belakang pasangan. Sudah berjanji sehidup semati, diam-diam boleh pula ‘pasang’ orang ketiga.

Terbaharu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pemuda ‘mengantoikan’ seorang gadis dipercayai kekasihnya yang keluar bersama lelaki lain.

Aku ‘call’ hang tak angkat!

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, pemuda tersebut membuat rakaman sebelum terus mendekati pasangan itu di sebuah tempat letak kereta yang dipercayai baru selesai membeli-belah.

“Inilah Allah nak tunjuk, kantoi curang depan mata. Akhirnya, ni bukan kali pertama tapi kedua. Kawan siap keluar berdua? Tak rasa bersalah ya mainkan hati orang,” tulisnya dalam video itu.

Ketika menghampiri kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna biru dinaiki pasangan terbabit, si gadis bagaimanapun seolah-olah mempersoalkan semula tindakan pemuda berkenaan.

“Kenapa, hang siapa? Ni kawan aku la, kenapa? So what.. apa benda?,” kata gadis itu selepas disoal mengenai gerangan ‘orang ketiga’ oleh pemuda tersebut.

Video dimuat naik @Nano_yuko semalam itu meraih 1.6 juta tontonan setakat ini serta hampir 12,000 reaksi daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap pemuda terbabit.

Menurut netizen, lebih baik meninggalkan gadis seperti itu yang tidak bersikap setia selain mendoakan pemuda berkenaan agar berjumpa dengan pengganti yang lebih baik.

Kami nak video selanjutnya!

Wujud lagi orang macam ni?

Tinggalkan dia! Tak rasa bersalah langsung

Jangan la niat mainkan hati pasangan…

Boleh pula tiba2 dia hilang ingatan?

Menyirap je dengar dia cakap!

Moga jumpa jodoh lebih baik

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut seperti pemilik asal video, lokasi dan tarikh yang diperoleh mengenai rakaman tersebut.

sumber : OhMyMedia

Harap Maaf