Pemuda Terduduk DiBawa Melawat Pusara Ibu & Kakak Selepas 6 Bulan Dalam Pnjara

SETIAP insan di muka bumi ini pasti melakukan kesaIahan. Ada juga sehingga ditahan dan menerima hkuman pnjara atas kesaIahan yang dilakukan. Kerinduan terhadap ahli keluarga ketika dalam t4hanan pasti membuak-buak dan tidak sabar untuk bertemu kembali bersama ahli keluarga tercinta.

Namun, lain pula kisah yang tuIar di laman TikTok apabila seorang pemuda harus menerima hakikat tiada lagi dua orang insan tersayang dalam hidupnya setelah dia bebas dari t4hanan.

PEMUDA TERDUDUK TENGOK PUSARA IBU & KAKAK SELEPAS 6 BULAN DALAM PENJARA

Menerusi video yang dikongsi oleh kakak pemuda tersebut, pada hari terakhir dia di penjara, kakaknya telah menjemput dia lalu membawa ke pusara ibunya yang telah meninggaI dunia kira-kira tiga bulan yang lepas.

Lebih menyedihkan apabila tiada lagi tubuh ibunya yang boleh dipeluk erat tetapi hanyalah batu nisan sebagai tanda melepaskan rindu. Jelas kelihatan, pemuda tersebut hanya mampu terduduk dan menangis teresak-esak mengenangkan pemergian bonda tercinta.

KAKAK TERSAYANG JUGA SUDAH 10 HARI MENINGGAL DUNIA

Tidak berakhir di situ, wanita tersebut membawa adiknya ke satu lagi pusara iaitu pusara kakak mereka yang baru sahaja 10 hari meninggal dunia. Tangisan sahaja mampu dikeluarkan apabila kedua-dua insan tersayang telah pergi meninggalkan dia.

Video tersebut menerima 3.8 juta tontonan itu telah menyentuh hati warganet dan turut bersimpati dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Mereka mendoakan agar segala yang berlaku ada hikmahnya dan sentiasalah menghargai ahli keluarga.

sumber : Sirap Limau

Harap Maaf