Wow Pendapatan Perdana Menteri hampir RM94 ribu sebulan, Mempunyai Aset lebih RM10 juta

MALAYSIA: Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semua anggota kabinet hendaklah membuat pengisytiharan harta mereka. Ini merupakan antara perkara yang perlu dibuat mereka dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk pengetahuan anda semua, Tan Sri Muhyiddin Yassin merekodkan jumlah pendapatan bulanan paling tinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi maklumat harta di portal MyDeclaration, yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahn Raasuuah Malaysia (SPRM).

Menurut Portal Perisytiharan Harta tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pendapatan sebanyak RM93,841.65 sebulan dengan jumlah aset terkini melebihi RM10 juta.

Manakala di kedudukan kedua pendapatan tertinggi ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dengan pendapatan bulanan sebanyak RM87,877.20 sebulan diikuti Datuk Dr Jeffrey G Kitingan yang merupakan TImbalan menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Rm85,450 sebulan.

Manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk SEri Hamzah Zainuddin berada di tangga keempat dengan pendapatan bulanan sebanyak RM84,615.20 sebulan diikuti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendatan RM69,427.20 sebulan.

Untuk pengetahuan anda semua, setakat ini seramai 57 daripada 70 orang anggota pentadbiran kerajaan telah mengisytiharkan maklumat harta masing-masing.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MySumber

Harap Maaf