Pengarah Drama DiKcam Selepas Babak Pengetua SBP Selamba Hisap Cerut Depan Pelajar

BEBERAPA hari lalu, tangkap layar sebuah drama televisyen yang sudah pun lama tamat siarannya menjadi perhatian di media sosial selepas satu babaknya yang tidak masuk akal.

Iaitu di mana aksi seorang pengetua sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang bertaraf elit di Cameron Highlands, Pahang dengan selambanya menghisap cerut di hadapan pelajarnya.

May be an image of 2 people, people standing and indoorMay be an image of 2 people and people standing

Biarpun SBP berkenaan cumalah rekaan, namun termaktub di bawah undang-undang menetapkan semua insititusi pendidikan termasuklah SBP sebagai kawasan Iarangan merokok sejak diwartakan kerajaan pada 1997.

Dalam satu hantaran yang dikongsi semula Facebook Public Health Malaysia, Yasmin Hanani Muhammad Sufian mempertikaikan adegan berkenaan sebagai satu tindakan yang mengaibkan imej profesion seorang guru.

Berbeza dengan di Malaysia, ada beberapa buah negara luar mengaburkan objek berb4haya seperti pisau dan rokok dalam filem atau drama mereka sekiranya tayangan dibenarkan untuk penonton secara umum.

Malah di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 juga menjust1fikasikan babak yang tidak memaparkan tanda 4maran sebelum ia disiarkan adalah satu kesaIahan.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut dilihat mengcam adegan tersebut selain berharap agar setiap produksi filem sentiasa mengambil berat mengenai 1su tersebut.

sumber : Odisi

Harap Maaf