Penggiat Seni Jangan Malu Dapatkan Sumbangan Beras Dari Ifa Raziah Jumaat Ini

Memetik Harian Metro, Ifa Raziah akan memulakan kerja kebajikan pada Jumaat ini untuk membantu penggiat seni yang memerlukan bantuan.

Ifa yang dihubungi wartawan berkata, dia tidak kaya macam orang lain, namun dia tetap akan membantu sesiapa yang memerlukan.

“Saya tak kaya macam orang lain, jadi saya sumbangkan apa yang saya mampu iaitu dalam bentuk bantuan beras. Insya-Allah, kalau ada rezeki lebih, suami saya akan bekalkan beberapa barangan keperluan asas lain,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ifa lagi, ada seseorang yang menghubunginya kerana memerlukan wang untuk membeli beras.

“Bila kita ada niat nak bantu orang, Allah permudahkan urusan kita. Ada seorang Hamba Allah yang menghubungi saya dan ingin menyalurkan bantuan kewangan untuk saya belikan beras.

“Saya keluarkan sedikit amaun daripada hasil perniagaan dan saya anggap ini sebagai sebahagian zakat daripada saya,” katanya.

Foto: IG

 

Ifa juga mencadangkan beras tersebut boleh dibuat nasi dan bubur untuk mengalas perut yang lapar biarpun tiada makanan lain.

“Kalau tak ada makanan lain, tapi ada beras pun sekurang-kurangnya kita dapat isi perut untuk buat nasi dan bubur. Jadi, saya rasa beras paling penting dan patut saya sumbangkan,” jelasnya.

Ifa juga turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menghubungi setiap ahli dan mengambil berat.

“Zed ada hubungi saya secara peribadi dan bertanya sama ada saya memerlukan apa-apa bantuan dan saya jelaskan kepadanya yang keperluan harian saya masih lagi mencukupi.”

Rata-rata netizen memuji sikap Ifa yang pemurah itu dan mendoakan beliau murah rezeki dan panjang umur.

Sekiranya anda perlukan bantuan beras, jangan segan silu untuk menghubungi Ifa ATAU pergi ke lokasi pembahagian seperti yang dikongsikan pada instagram beliau.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Hmetro via Cari
Harap Maaf