Penyatuan Malaysia Iraq – “Ramai” Tertanya Cara Kahwin Foreigner

PERTEMUAN yang tak disangka-sangka, namun soaI jodoh itu semuanya ketentuan Allah.

Menurut Maisarah Omar, 32, dia dan suami, Hazim Qays Obaid Al-Sangoor, 36, bertemu secara tak sengaja pada tahun 2016.

Kisah pertemuan di Stesen LRT Hang Tuah, Kuala Lumpur itu turut dikongs1 dalam bingkisan video menerusi aplikasi TikTok sehingga menjadi tuIar dan menarik perhatian ramai.

Mesra disapa Sarah, dia ketika dihubungi media sempat memperincikan kisah pertemuan itu yang akhirnya membawa kepada penyatuan secara sah pada 14 April 2018.

“Waktu jumpa pertama kali di stesen LRT, kami tak bertegur sapa. KebetuIan selepas itu kami terserempak pula di kedai 7 Eleven di bawah stesen itu.

“Dia tanya saya berasal dari mana, saya kata saya berasal dari sini (Malaysia). Tapi saya tak bagi nombor telefon.

“Tapi pada waktu itu saya bagi dia follow Instagram saya. Selepas itu barulah kami mula berkawan,” ujarnya.

Sarah dan suami pertama kali bertemu di stesen LRT.

Kata Sarah, ibu bapanya meminta jejaka itu untuk bertemu keluarga jika benar-benar ser1us menjaIinkan hubungan dengannya.

Tidak lama kemudian, suaminya berkunjung ke kediaman ibu bapa Sarah di Sungai Petani, Kedah sebelum mereka mengikat tali pertunangan dan berkahwin setahun kemudian.

“Saya kata kepadanya, kalau you ser1us, mak ayah suruh datang jumpa mereka. Dia tiada saudara-mara di sini. Jadi sepupu dan beberapa kawannya datang ke kampung saya.

“Abah juga tanya sekiranya saya betul-betul nak kahwin dengan jejaka Arab. Setelah pertemuan itu diatvr, kami bertunang pada 2017 dan kahwin pada 2018.

“Sekarang, kami dah ada seorang cahaya mata lelaki, usia dua tahun setengah. Saya juga kini hamil anak kedua, usia kandungan sudah mencecah empat bulan,” cerita Sarah lagi.

Pasangan ini sedang menanti untuk menimang cahaya mata kedua tak lama lagi.

Kata Sarah, dia sebenarnya tak pernah terfikir akan bertemu jodoh dengan jejaka luar negara, namun menerima segala ketentvan Ilahi dan bersyukur dengan perjalanan hidupnya.

“Waktu pertama kali kenal, saya tak pernah terfikir pun akan berkahwin dengannya.

“Tapi dia ser1us, keluarga dia pun terima seadanya dan minta kami kahwin secepat mungkin. Allah dah tentukan jodoh kami,” ujarnya.

Selain tuIar di TikTok, Sarah juga pernah berkongsi video perkahwinannya di Y0uTube sehingga meraih 1.2 juta tontonan.

Jelas Sarah, dia turut menerima pelbagai komen netizen termasuklah yang mem1nta tunjvk-ajar mengenai proses perkahwinan dengan warga asing.

Kisah pasangan ini raih perhatian ramai netizen.

“Selain mendapat tontonan 1.2 juta di YouTube, ramai juga yang komen, minta guide untuk kahwin dengan foreigner.

“Nasihat saya, jika betul-betul nak kahwin dengan orang luar, sila guna saluran vndang-vndang yang betul agar tak svsah di kemudian hari.

“Alhamdulillah banyak komen yang baik-baik. Ada juga yang komen negat1f, pert1kai kenapa kahwin dengan orang luar negara,” ujarnya.

Kata Sarah, suaminya bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor.

Sarah pula merupakan suri rumah yang turut bekerja sebagai jurusolek sambilan untuk sebuah saluran televisyen tempatan.

sumber : mStar

Harap Maaf