Penyerang Christchurch AKHIRNYA Mengaku Salah Tembak Mati 51 Jemaah Islam

Ingat lagi tak pada 15 Mac lalu, satu peristiwa berdarah yang mengorbankan seramai 51 umat islam ketika menghadiri solat jumaat.

Ketika itu seorang lelaki warganegara Australia, Brenton Tarrant telah menyerang dua masjid di New Zealand secara membabi buta.

Dia yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan terlibat dalam tindakan keganasan akhirnya mengubah pengakuannya dalam satu perbicaraan yang diadakan secara tergesa-gesa, lapor Sinar.

“Ya, bersalah,”

 

Pengakuan itu dilakukan Tarrant kepada Mahkamah Tinggi Christchurch menerusi video dari Penjara Auckland.

Bagaimanapun tiada alasan direkodkan berhubung pertukaran pengakuan tersebut sekaligus dia tidak perlu hadir bagi perbicaraan kes.

Hakim yang merekodkan sabitan pertuduhan memaklumkan tertuduh akan dihukum pada satu tarikh yang belum ditetapkan.

“Pengakuan bersalah mewakili satu langkah yang sangat signifikan yang membawa kepada kesudahan prosiding jenayah ini,”

“Hukuman tidak akan dibuat sehingga sistem keadilan kembali normal.”

Alhamdulillah, semoga pelaku mendapat hukuman yang setimpal.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : LobakMerah

Harap Maaf