Perkongsian Instagram Siti Sarah Setelah Genap 30 Hari Pemergian

MINGGU ini genap 30 hari pemergian penyanyi negara, arwah Siti Sarah Raissuddin.

Sebagai tanda kenangan buat peminat, satu rakaman video masakan telah dimuat naik di akaun Instagram milik arwah.

Video itu merakamkan Siti Sarah sedang menunjukkan cara-cara mudah untuk hidangan Ikan Kerapu Masak Cili dengan caranya tersendiri.

Tidak lupa juga bait ayat “My Style” yang juga merupakan trademark Sarah juga disebut dengan jelas.

Memang sangat mudah resipi yang diajar oleh arwah dan sekiranya anda buntu untuk memilih menu masakan, apa kata anda cuba resipi ini.

Untuk mereka yang baru belajar memasak juga boleh mencuba hidangan ini, gerenti menjadi.

Di sini #Foodieslife kongsikan resipi mudah Ikan Kerapu Masak Cili My Style oleh arwah Siti Sarah.

Semoga Allahyarham beroleh ganjaran pahala berkongsi ilmu kepada orang ramai yang menggunakan resipi arwah.

InsyaAllah… Al -Fatihah… Amin…

sumber : Gempak

Harap Maaf