Pesilat Kristian Jelaskan Tndakannya Untuk Memakai Tudung Ketika Pertandingan

PESILAT negara, Merrywati Manuil menjawab persoalan ramai pihak mengapa memakai tudung pada penampilannya di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 dekat Ayer Keroh bulan lalu sedangkan dirinya adalah beragama Kristian.

Untuk ๐—•erita ๐—›ฤฑส™uส€แด€แดŽ ๐—ฆemasa Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik ๐Ÿ‘‰๐Ÿป sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Merrywati yang memenangi pingat emas pada kejohanan itu bagi Kategori Solo Kreatif Wanita sekali gus memegang status juara dunia menjelaskan tndakannya itu adalah bagi menghormati seni silat warisan orang Melayu.

“Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat”.

“Walaupun tak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan. Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan” katanya menerusi status media sosial miliknya.

Jelas pesilat berasal dari Sabah itu, tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak yang meminta dirinya untuk memakai tudung.

“Semestinya tiada pksaan dari mana-mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari”.

“Semoga persoaIan berkaitan memakai tudung ini terjawab. Aihh jngan serios bah kita kita juga baini. Kalau orang Melayu ada Mat Kilau, saya orang Murut ada Aki Antanom” katanya merujuk kepada wira tempatan itu yang memimpin orang Murut untuk mnentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) satu ketika dahulu.

Merrywati adalah antara penyumbang tujuh emas skuad silat negara di kejohanan itu sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Komen Netizen TikTok :

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network

sumber : Harian Metro

PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Harap Maaf