PM Dedah Siapa Org Pertama ‘Ganti’ Pengerusi Kabinet Jika Beliau Tiada

Buat pertama kalinya tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri diumumkan dalam pembentukan kabinet kerajaan Perikatan Nasional.

Ia digantikan dengan 4 jawatan Menteri Kanan bagi memastikan kabinet yang dibentuk adalah kabinet yang berfungsi serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, 4 menteri kanan tersebut akan membantu beliau menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

4 Menteri Kanan tersebut ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kerja Raya Datuk Sri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Azmin Pertama

PUTRAJAYA: Muhyiddin Yassin berkata, Mohamed Azmin Ali yang dilantik sebagai seorang daripada 4 menteri kanan akan mempengerusikan Kabinet jika beliau tiada.

“Menteri kanan semuanya sama,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di sini, hari ini.

“Jika saya tiada, Azmin akan mempengerusikan Kabinet saya. Jika Azmin tiada, Ismail Sabri Yaakob akan pengerusikan.”

Azmin dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Ismail Sabri sebagai menteri pertahanan, Fadillah Yusof (menteri kerja raya) dan Mohd Radzi Md Jidin (menteri pendidikan).

Muhyiddin mampu bertahan, PH hilang kelebihan kerusi – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu bertahan hingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas mempunyai jumlah sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk mentadbir negara, lapor BH Online.

Selepas dapat menubuhkan kerajaan, Dr Mahathir mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu dapat memberikan ‘gula-gula’ kepada ramai orang, malah berjaya menarik beberapa pemimpin untuk menyebelahinya dengan ditawarkan jawatan menteri.

“Kita dulu mempunyai kelebihan 114 kerusi tetapi sekarang ini jumlah itu makin kurang. Jadi dalam Dewan Rakyat kita hendak bawa usul tidak percaya pun tidak mungkin berjaya. Sebabnya dia sudah ambil orang saya menyebelahi dia.

“Memanglah bila dia tawarkan jadi menteri, susah bagi orang nak tolak. Saya tidak boleh tawarkan apa-apa pun,” katanya menerusi wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, semalam.

Dalam temu bual yang berlangsung hampir 80 minit itu, Dr Mahathir yang kini menginjak usia 94 tahun menyuarakan harapan supaya Muhyiddin meneruskan dasar-dasar yang dilakukan beliau sepanjang menyandang jawatan Perdana Menteri ketujuh selama 22 bulan.

“Saya minta kalau boleh Kabinet jangan gugurkan dasar-dasar yang baik yang telah kita adakan. Umpamanya Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Itu satu dasar yang baik dan orang yang mencipta dasar itu juga ada dalam Kabinet. Jangan gugurkan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Duniadanakhirat

Harap Maaf