Polis Malaysia MuatNaik Gambar Serta Caption “Menyindir” Tunggu Lampu Isyarat Merah Buat Netizen Terhibur

PADA hari minggu lalu video gng konvoi motosikal berkuasa tinggi yang dikawal oleh oleh sekumpulan marshal telah menarik perhatian ramai termasuklah pihak berkuasa yang membru individu yang terlibat sebagai marshal.

Dalam tempoh kurang 48 jam, pihak polis berjaya menahan dua orang pemuda serta merampas beberapa barangan yang digunakan untuk mereka menjalankan tugas “marshal” semasa konvoi tersebut berlangsung.

Rentetan 1su tersebut masih hangat menjadi bualan ramai, pihak Polis ibu Pejabat Daerah Kemaman memuat naik satu gambar yang menggelikan hati para netizen.

“Kami bukan marshal, jadi kena berhentilah di lampu isyarat. Jangan marah abang marshal, gurau,” ringkas sahaja caption gambar yang ditulis, namun cukup mencuitkan hati orang ramai.

Setakat artikel ini ditulis, gambar tersebut telah dikongsikan sebanyak lebih 2,500 kali oleh dan ratusan komen daripada pengguna Facebook. Rata-rata ramai berasa geli hati dengan hantaran “memerli” 1su marshal yang hangat diperkatakan orang ramai.

Gambar tersebut diambil ketika Ketua Polis Daerah bersama Timb. Ketua Polis Daerah Kemaman bersama Ketua-ketua Bahagian serta Ketua Polis Balai menjalankan rondaan di kawasan “J1had D4dah” bagi membendung serta memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai bahaya penyaIahgunaan d4dah.

Tambah pihak polis lagi, oleh kerana ramai yang kurang kesedaran penggunaan topi keledar, “OP KEPALA BATU” akan di jalankan untuk mendidik kepentingan penggunaan topi keledar semasa menunggang motosikal walaupun hanya keluar di kawasan berhampiran tempat tinggal.

sumber : vocket

Harap Maaf