Porsche Musou Black Hadir Sebagai ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐˜๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฝ Di Dunia

SEJAK tahun 2014 lagi, material “Vantablack” dikenali sebagai warna hitam paling gelap di dunia. Antara dua projek yang membuatkan material itu menjadi bualan seluruh dunia ialah “Vantablack Pavilion” (2018) dan “BMW X6” (2019).

Untuk ๐—•erita ๐—›ฤฑส™uส€แด€แดŽ ๐—ฆemasa Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik ๐Ÿ‘‰๐Ÿป sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Bagaimanapun, baru-baru ini sebuah kedai ubahsuai kereta dari Jepun, PitOne Customs telah berjaya menghasilkan sebuah Porsche 911 Turbo “terhitam dan tergelap” di dunia.

Cat akrilik berasaskan air “Musou Black” ini didkwa mampu menyerap cahaya sehingga 99.4%. Hasil ujian perbandingan dibuat pada 2020 mendapati material dari Jepun itu lebih “hitam gelap” berbanding warna “Vantablack VBX2” (99%) dan “Black 3.0” sebanyak 97.5% sahaja.

Warna ini ada dijual pada laman web rasmi “Koyo Orient” dengan harga bermula RM80.85 (1 botol 100ml), RM1164.22 (20 botol 100ml) dan RM582.11 untuk 1 botol seliter.

Anda boleh tonton proses pembuatan Porsche 911 Turbo “Musou Black” ini melalui video di bawah. Pihak PitOne Customs sudah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu untuk membuat pengambaran video di jalan raya awam sekitar Jepun.

Bagaimanapun warna ini akan “ditanggalkan” pada akhir bulan Julai ini kerana tiada jaminan ia selamat digunakan semasa berada di jalan raya.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network

sumber : vocket

Harap Maaf