Rakaman Sesuatu Terjadi Masa Neelofa Naik Tangga, Sampai Berlari Pengapit Ke Arah Beliau

Segala persoalan dan desas-desus mengenai majlis perkahwinan pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa, yang dipercayai bakal melangsungkan perkahwinan hari ini, bersama calon pilihan hati Harris, akhirnya terjawab apabila mereka berdua selamat disatukan sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: Keluarkan Periuk Besar, Masak Menu Kahwin Pajeri Nenas, Ibu Neelofa Beri Hint Majlis Nikah Dah Dekat?

Pasangan ini selamat disatukan jam 11 pagi tadi, dan hanya dihadiri oleh keluarga serta sahabat handal.

Tahniah Neelofa & PU Riz!

Majlis bertemakan Jabal Rahmah itu diadakan di sebuah dewan hotel Grand Hyyat, Kuala Lumpur dan pengacara Ahmad Fedtri Yahya menggalas tanggungjawab sebagai pengacara majlis sepanjang majlis itu berlangsung.

” Majlis pernikahan berlangsung pada sebelah pagi ini. Majlis hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat saja, segala perincian akan diumumkan sebaik mereka diijab kabul,” ujar sumber berkenaan.

Menariknya, tema yang dipilih memerlukan kedua mempelai dan semua tetamu yang diundang ke majlis berkenaan mengenakan busana berona putih.

Sementara itu, Neelofa dilihat anggun berbaju putih berjalan memasuki dewan pernikahan.

Bagaimanapun sesuatu tidak dijangka apabila Neelofa kelihatan hampir terjatuh ketika berjalan menaiki tangga.

Mujur tiada apa-apa tidak diingini berlaku.

VIDEO :


Terdahulu, bibit-bibit cinta antara NeeIofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih NeeIofa Jun tahun lalu.

Sejak itu, Haris dilihat semakin kerap mengunjungi kediaman keluarga NeeIofa di Damansara bagi tujuan memberi ceramah berkaitan ilmu agama.

Wanita yang pernah tersenarai antara 300 individu dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes itu membuat kejutan pada 15 Oktober tahun lalu apabila mengambil keputusan untuk berniqab.

Tidak sampai sebulan kemudian, wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mengejutkan ramai apabila dirisik Haris yang juga bekas peserta program realiti keagamaan, Pencetus Ummah pada 1 November tahun lalu.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-29 (ABP29) itu pernah mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Saya mahu suami ada ilmu agama – Neelofa

Sementara itu tinjauan menerusi Instagram (IG), Lofapage, sebuah video istimewa Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannya dimuat naik, semalam.

Biarpun tidak menyebut nama PU Riz, namun video yang memaparkan gelagat Neelofa disisi bekas peserta program Pencetus Ummah itu dipercayai dituju kepada bakal suaminya itu.

” Saya banyak berdoa soal jodoh. Ada satu masa, saya menulis doa saya.

” Saya bukan hanya mahu lelaki yang boleh membahagiakan saya tetapi memberikakan kebaikan dan membimbing orang sekeliling. Itu sudah cukup membuatkan saya gembira.

” Saya ada banyak mata yang memandang. Ramai menjadikan saya sebagai ikon. Hinggakan siapa pasangan hidup saya akan memberi impak sangat besar kepada orang ramai,” katanya.

Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, setiap wanita mengimpikan lelaki beriman, begitu juga dirinya.

” Selain beriman, saya mahukan lelaki berilmu, beramal, bijak, rajin dan bertanggungjawab.

” Itu antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk mencari calon suami. Apabila bersama lelaki beriman dan bertanggungjawab, saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik.

” Sebab itulah, saya sangat tekankan berkahwin dengan orang yang mempunyai ilmu agama,” katanya.

Kisah perkahwinan Neelofa dan PU Riz mencuri perhatian sebuah entri video menerusi akaun sama memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.

Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.

Selain itu, inai dijari menjadi petunjuk baharu mengenai teka-teki tarikh Neelofa dan PU Riz. Gambaran jelas dilihat dalam satu perkongsian menerusi IG Story Neelofa ketika mempromosikan satu produk makanan.

Menguatkan dakwaan apabila beberapa gambar rakan baik sedang bersiap dalam bilik Neelofa dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.

Berdasarkan komen, ia adalah majlis berinai yang diadakan secara tertutup di kediaman Neelofa pada Rabu lalu.

Semoga dipermudahkan!

Sebelum majlis bermula, Neelofa sempat berdoa dan meminta doa daripada orang ramai supaya majlis akad nikahnya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Terdahulu, dapat dilihat banyak hint yang diberikan oleh Neelofa sendiri dan ahli keluarganya yang terdekat seolah-olah dia bakal menamatkan zaman bujangnya hari ini. Apa pun kami dari Team OHBULAN! mendoakan perkahwinan yang terjalin di antara Neelofa dan PU Riz berkekalan sehingga ke jannah.

Dalam pada itu, ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini telah memaut naik beberapa gambar dalam persalinan puteh sebelum majlis akad nikah berlangsung

Dengan berlatar belakang menara berkembar KLCC, IG Noor Kartini di penuhi dengan ucpan tahniah dari netizan dan pengikut beliau

Sumber:IG Hotfm

Harap Maaf