Safwan ‘kiss’ dahi, reaksi Syafiq Kyle bikin terhibur, “Geng single…”-

Bekas finalis Hero Remaja pada tahun 2017, Safwan Nazri semakin menjadi perhatian dalam industri lakonan apabila dia mula mengasah bakatnya dalam bidang tersebut.

Safwan Nazri yang turut berlakon dalam drama bersama pelakon terkenal, Fasha Sandha berjudul Dua Takdir Cinta membuatkan ramai semakin mengemarinya. Walau bagaimanapun, Safwan juga aktif menghasilkan video pelbagai content yang menarik lalu dikongsikan juga menerusi laman Instagram.

Walau bagaimanapun, dia yang memiliki hampir 500,000 followers menerusi laman Instagram dengan menggunakan namanya sendiri membuatkan orang ramai terhibur dengan satu perkongsian video pendek terbaru darinya ini.

Menampilkan pelakon popular Syafiq Kyle, rasanya content seperti ini sudah menjadi trend dimana rakan ‘single’ yang sedang luang masa bersama diusik dengan tindakan yang lucu.

Ternyata, video dihasilkan Safwan Nazri bersama Syafiq Kyle turut tidak kurang lucunya apabila pelakon drama Nur itu juga memberikan reaksi spontan dengan tindakan Safwan.

“Geng single holiday be like…” ujar Safwan sambil meminta tag akaun Instagram yang juga geng ‘forever alone’ di posting ini.

Perkongsian Safwan di Instagram miliknya itu ternyata dalam masa yang sekejap meraih perhatian peminat dan pengikut dengan diberikan lebih 40,000 tanda suka.

Dalam pada masa yang sama, netizen juga gelak besar dengan video dihasilkan Safwan bersama Syafiq Kyle dan meninggalkan pelbagai komen lucu.

Reaksi ramai diruangan komen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HCL

Harap Maaf