“Editing Budak-Budak Sekolah Ke” – Ini Respon Sheila Rusly Bila Ada Mengata Dramanya

Drama adaptasi dari novel Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak terbitan produksi JS Pictures Sdn Bhd mendapat kritikan apabila ada individu memperlekehkan teknik suntingan drama itu.

Tindakan individu itu melempar komen kesat membuatkan pelakon dan penerbit, Sheila Rusly merasa kesal dengan tindakan keterlaluan individu berkenaan kerana baginya perbuatan itu tidak wajar dan bertentangan dengan adab orang Melayu.

“Bahasa melambangkan bangsa, lu ****kan karya orang der! Hebat la lu. Mind before mounth,” tulisnya menerusi Instagram miliknya.

“Cutting editing budak-budak sekolah ke? Macam asal boleh je ****. ” tulis seorang pengguna Twitter.

Kredit mStar Online

Memetik MStar Online, difahamkan tweet yang ditulis individu itu tular dan menerima 7,000 ulang kicau serta hampir 10.000 tanda suka.

Menurut Sheila proses suntingan itu dilakukan mengikut kemampuan terhad berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP.

” Tak kisah pun, tak ambil hati pun, kita editing pun online der. PKP kan tak boleh keluar! Apa masalah kita tak kongsi dengan penonton.

” Kita (JS Pictures) tak pernah sempurna…sentiasa menerima komen yang membina, bukan komen menjatuhkan. Ini yang terbaik kami boleh buat,” katanya.

Bagaimanapun status dan komen yang ditulis Sheila itu dipadam setelah beberapa jam dimuat naik di laman tersebut.

Apa-apa pun, jika kita tak suka akan sesuatu hasil karya orang tegurlah dengan cara berhemah dan dengan bahasa yang elok. Ingat budi bahasa kan budaya kita!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar via Forum Cari

Harap Maaf