“Jika Ada Ruang Dalam Doa Kalian” – Rindukan Arwah Abam, Ini Permintaan Achey.

Kehilangan ahli kumpulan Bocey, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, amat dirasai semua orang terutama teman rapatnya. Antara yang masih terkesan adalah rakan sepejuangannya Achey. Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya.

Menerusi posting berkenaan, Achey memuat naik gambarnya bersama arwah Abam dan juga Fad ketika beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega.

“Rindunya, jika ada ruang di dalam doa kalian.

“Selitkan untuk dia,” katanya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen tersentuh dengan kapsyen dan gambar berkenaan.

Kebanyakan mereka mendoakan arwah Abam supaya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam (10 Februari).

Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Harap Maaf