Rumah Mahal, Tapi Macam Pakai Gam Ja, Remaja Cedera Bila Dihempap Pagar Rumah

Kemalangan yang terjadi terhadap seorang remaja lelaki akibat ‘rumah tak siap’ menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kejadian itu dipercayai berlaku di bandar Parkland, Klang yang menunjukkan kecederaan dialami remaja itu dan juga pagar yang terbalik. Ianya dibongkarkan menerusi Facebook Pages BR.

 

Ternyata rumah itu sebenarnya disiapkan ala kadar sahaja. Lebih membuatkan warganet marah ialah rumah disana sangat mahal tetapi ini sahaja kualitinya?

 

Dengan pagar yang seperti digamkan sahaja, tampak tiada cerucuk besi yang diletakkan pada tiang tersebut memburukkan lagi keadaan.

 

Banyak kelemahan yang boleh diperkatakan seperti acuan simen yang tidak mengikuti spesifikasi, tampalan seperti menggunakan gam UHU sahaja dan pelbagai lagi.

 

 

Ramai warganet meminta keluarga ini menyaman pihak pemaju kerana banyak kesalahan yang dilakukan.

Apatah lagi bila melihat kawasan kejiranan yang baru serta harganya mahal sudah membayangkan pemaju mengambil untung yang banyak kerana menyediakan rumah murah.

 

 

Sedih sungguh apabila pemaju melakukan perkara sebegini kepada pembeli rumah. Adakah mereka tidak terfikir akan berlaku kemalangan atau sememangnya mereka kebal saman?

Harap Maaf