“Saya Boleh Je Spill The Tea Kenapa Tak Nak Mama Kahwin Lagi, Tapi…..”

MASIH berkeras tidak bersetuju dengan rancangan perkahwinan ibunya, Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal, Cik B berkata dia ada sebab tersendiri.

Cik berkata dia boleh sahaja mendedahkan sebab mengapa dia tidak bersetuju namun ia akan menjatuhkan beberapa pihak termasuk ibunya sendiri.

β€œTapi kalau saya cakap, boleh jatuhkan semua orang termasuk mama. So better saya diam. Cukup orang tahu saya tetap dengan pendirian saya, itu saja,” tulisnya di IG.

Sebelum ini, Cik B berkata dia takut hilang kasih sayang jika ibunya berkahwin lagi serta dengan kisah perkahwinan terdahulu ibunya yang putus di tengah jalan. Ujarnya, di usia 50 tahun ibunya hanya perlu fikirkan tentang keluarga.

Terdahulu, Vida dan Iqbal dikhabarkan merancang untuk mendirkan rumah tangga pada Disember ini. Namun, Vida bimbang apabila perkahwinan itu tidak dipersetujui Cik B dan mahu membuat solat hajat untuk melembuatkan hati anaknya itu.

sumber : RotiKaya

Harap Maaf