Saya Tak Sedar Mereka KemaIangan – Aziz M Osman

EMPAT kru produksi filem yang terbabit dalam kemaIangan di Setiu, Terengganu semalam sehingga seorang daripadanya maot itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjalani penggambaran dokumentari terbitan syarikat produksi milik pengarah, Aziz M Osman iaitu Ace Motion Pictures Sdn Bhd.

Aziz, 59, ketika dihubungi berkata, ketika kejdian dia bersama isteri, bapa mentua dan seorang anaknya yang juga kru produksi menaiki kenderaan lain untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu, Kelantan.

“Kami ke Kota Bharu pada Isnin lalu bagi menjalani penggambaran projek Dokumentari Seniman Negara: Khatijah Awang. Kami menaiki dua kenderaan, satu saya bersama keluarga iaitu isteri, bapa mentua yang juga pengarah projek ini serta anak saya yang mana terbabit sebagai kru. Satu lagi kereta dinaiki empat kru itu.

“Ketika kejadian itu kami dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kalau tanya saya, saya sendiri tidak boleh jelaskan bagaimana kemaIangan boleh berlaku. Ini kerana kami sudah jauh ke depan dan tidak dapat berhubung terus dengan mereka,” katanya kepada media.

Dalam kejdian jam 1.15 tengah hari itu, pengarah serta penyunting, Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 27, yang juga pemandu Perodua Alza disahkan meninggaI dunia di tempat kejdian, manakala tiga lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas.

Menurut Aziz, mangsa yang meninggaI dunia sudah dibawa pulang ke Kuala Lumpur sementara tiga yang cedera dirawat di sebuah hospital di Terengganu.

“Isteri saya dalam perjalanan ke rumah keluarga arwah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ace Motion Pictures Sdn Bhd juga isteri Aziz iaitu Puteri Lily Lokman menerusi komen yang ditulis di Facebook Harian Metro berkata, kejdian mungkin disebabkan oleh “microsleep”.

“Mereka pekerja saya. Mereka tak laju tapi “microsleep”. Peringatan untuk kita juga, kalau mengantuk berhenti. Mereka baru lepas makan tengah hari, mungkin lepas makan mengantuk.

“Minta semua doakan semoga dipermudahkan urusan mereka dan keluarga. Budak yang baik. “Happy person” selalu tersenyum. Allah sayang kau Sham. Al Fatihah,” tulisnya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terlanggar tunggul kayu di kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.

Afandi berkata, penumpang hadapan, Kamarul Anuar Mohamed Nasir, 39, serta penumpang belakang, Amir Daniel Suhaimi, 23, mengalami kecederaan parah retak di bahagian leher.

Sementara itu seorang lagi penumpang belakang, Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, parah selepas putus tangan kiri.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber : Harian Mrtro

Harap Maaf