Selamba Layan “Corner” Hadapan Myvi, Penunggang Motosikal DiKcam Teruk

WALAUPUN kita memandu kenderaan dengan cukup berhemah, pasti ada pengguna jalan raya lain yang akan “membuat hal” sehingga menyebabkan kita juga terlibat sama dalam kemaIangan

Baru-baru ini tuIar satu rakaman video dashcam seorang penunggang motosikal memotong di hadapan kereta Myvi dari lorong kanan menuju persimpangan masuk ke stesen minyak yang berada di bahagian kiri jalan.

Dari video yang dikongsikan, kita dapat lihat jarak di antara motosikal dan kereta Myvi tersebut begitu rapat. Andaikata pemandu tersebut menekan pedal minyak, sudah pasti berlakunya kemaIangan di hadapan stesen minyak tersebut.

Tindakan penunggang motosikal tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga hantaran tersebut dikongsikan lebih 3,600 kali. Rata-rata ramai mengecam penunggang motosikal tersebut kerana membahayakan keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Tambah orang ramai lagi, tindakan tergesa-gesa yang dibuat oleh penunggang motosikal terbabit mengingatkan mereka terhadap insiden kemalangan yang melibat motosikal berkuasa tinggi merempuh sebuah kereta di hadapan stesen minyak kawasan Tol Jalan Duta.

Jika semua pengguna jalan raya dapat bertolak-ansur serta sentiasa berhati-hati semasa berada di atas jalan raya, sudah pasti risiko kemalangan dapat dikurangkan.

sumber : vocket

Harap Maaf