Sengaja Pulangkan Kembali Seluar Yang Telah DiPakai – Tips “BerJimat” Pemuda Ini DiPertikaikan Netizen

MUNGKIN ramai yang sudah tahu berkenaan polisi memulangkan pakaian di butik antarabangsa di mana dalam tempoh tertentu, baju yang dibeli boleh dipulangkan semula sekiranya pembeli tak berpuas hati dengan barangan yang dibeli asalkan resit asal disimpan dan tag tak dibuang.

Seorang pemuda menerusi akaunnya di TikTok menceritakan “rahsia” untuk berjimat sekiranya shopping di butik ternama H&M. “Rahsia” pertamanya adalah program recycling di mana sekiranya anda membawa baju terpakai anda ke H&M, anda akan terima baucar diskaun 15% untuk pembelian akan datang anda.

Namun, “rahsia” keduanya tidak dipersetujui oleh netizen. Benar anda boleh dapat semula wang anda jika memulangkan produk H&M yang sudah dibeli, tetapi sebab mengapa beliau memulangkan seluar berkenaan tak disenangi netizen.

Menurut pemuda tersebut, beliau membeli sehelai seluar pendek di H&M untuk dipakai untuk satu majlis. Selepas majlis tersebut beliau membuat keputusan untuk memulangkan kembali seluar tersebut kerana tak mahu menyimpannya dan mahu duit beliau dikembalikan.

Beliau turut memberi tip supaya tak memotong tag harga dan menyimpan resit supaya urusan pemulangan berjalan lancar.

Namun, netizen yang melihat video berkenaan ternyata tak setuju dengan “rahsia” kedua pemuda ini. Menurut mereka, pemuda terbabit secara sengaja telah mencabuIi return policy butik berkenaan dan bersikap tidak jujur.

Di negara luar, exchange policy ini kerap disaIah guna oleh mereka yang tak bertanggungjawab kerana mahu melaram pakaian baharu secara “percuma”. Selepas puas memakainya, mereka akan pulangkan kembali pakaian tersebut ke butik.

Semoga menjadi iktibar buat semua. Tak salah untuk pulangkan kembali barangan jika ia bukan saiz anda. Bersikap jujurlah dalam apa jua keadaan.

sumber : vocket

Harap Maaf