“Seri Wajah Ibu Mengandung” ๐—”๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฆ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ถ Sarat Hamil Anak Keempat

PATUTLAH nampak Adira makin berseri-seri..! Rupa-rupanya tengah berbadan dua. Difahamkan penyanyi bersuara lunak ini tengah hamil anak keempat. Walau tak mengumumkan berita kehamilan tapi jelas kelihatan perubahan diri Adira. Alhamdulillah dan tahniah..!

Untuk ๐—•erita ๐—›ฤฑส™uส€แด€แดŽ ๐—ฆemasa Dalam Dan Juga Luar Negara. Klik ๐Ÿ‘‰๐Ÿป sini ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป

Meskipun sarat mengandung namun Adira tetap aktif seperti biasa. Menghantar anak ke sekolah dan menguruskan keperluan di rumah. Bukan setakat itu saja, dia kebelakangan ini ligat mengusahakan perniagaan kecil-kecilan Air Tangan Adira.

Adira mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun.

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi juga mahir memasak. Kecur tengok produk sambal keluaran Air Tangan Adira ini.

Daripada perkongsian Adira di media sosial, bisnes berkenaan mula berada di pasaran sejak pertengahan Mac lalu. Setakat ini, ada dua jenis produk sambal yang dikeluarkan pelantun lagu “Ombak Rindu” tersebut iaitu Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai.

Walau baru di pasaran tapi jualan sambal Adira dapat sambutan memberangsangkan. Buktinya, beberapa hari selepas dilancarkan Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai Air Tangan Adira berjaya dijual sebanyak 1,000 botol. Luar biasa..!

Demi memastikan bisnes dikenali ramai, Adira sebelum ini turut menyertai Absolut Food Fest di MITEC dengan membuka gerai jualan di sana. Tidak cukup itu, Adira juga membuka gerai jualan di Star Vendors yang berlangsung meriah di WTC KL. Pandai Adira susun strategi pemasaran..!

Bagi membuktikan kepada umum dan peminat yang produk berkenaan adalah hasil air tangan sendiri, Adira kerap berkongsi rutin memasak sambal tersebut di platform media sosialnya. Menerusi video dan gambar yang dimuat naik, memang terserlah bakat memasak Adira.

Iyalah, sampai tiga kuali besar Adira guna untuk masak..! Menariknya, Adira masak sambal-sambal tersebut dengan cara manual tanpa menggunakan mesin teknologi yang lebih memudahkan.

Apa-apa pun, kagum dengan semangat Adira menceburi bidang kulinari. Kalau selama ini ramai yang kenal Adira sebagai penyanyi tapi kini dia cekal mencuba cabang kerjaya baharu sebagai usahawan produk makanan pula.

Semoga kerjaya seni dan perniagaan Adira terus sukses..!

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Jalan Kami Network

sumber : Nona

PERHATIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Harap Maaf