Siap Pegang ‘Hanger’, Netizen Geli Hati Tengok Gelagat Ayah Pantau Reen Rahim Mengaji

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan buat kali kedua, ramai individu mahupun golongan artis mengambil peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang di rumah.

Malah, segelintir daripada mereka turut berkongsi pelbagai aktiviti berfaedah yang mereka lakukan bersama keluarga sepanjang musim PKP ini.

Di Instagram, pelakon wanita yang dikenali sebagai Reen Rahim, berkongsi video ‘mesra’ dan ‘mengaji’ bersama ibunya. Perkongsian tersebut ternyata mencuri tumpuan netizen dan para peminatnya.

Bahkan, mereka turut terkenang kembali saat bersama ibu masing-masing ketika berada di rumah. So sweet!

Lanun sikit dekat rumah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Menerusi video yang dimuat naik Reen Rahim, dia memberitahu bahawa aktiviti mengaji bersama ibunya itu sudah dilakukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  yang pertama. Memandangkan PKP kini kembali semula, Reen dan ibunya masih meneruskan aktiviti mengaji bersama. Pelbagai gelagat di antara dua beranak ini dapat dilihat oleh netizen terutama ketika ibunya menunjukkan sifat ‘garang’ sewaktu menegur kesalahan anaknya itu.

Aku makin bijak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Selain ibu, gelagat ayah Reen yang turut memegang ‘hanger’ ketika dia sedang mengaji, berjaya mencuri tumpuan netizen. Kesemua perkongsian tersebut telah ditonton lebih daripada 200 ribu orang dan majoritinya memberi tanda likes.

Sama dengan arwah mak

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu dan teringat akan ibu masing-masing. Menurut netizen, mereka gembira melihat gelagat Reen dan ibunya.

Sumber: Reen Rahim

Harap Maaf