Siapa Sangka Lelaki Pakistan Ini Turuja DiHadiahkan Sebungkus Nasi Ayam

SEBAGAI seorang manusia, kita digalakkan untuk berbuat baik sesama insan walaupun berbeza agama dan kaum.

Begitulah seperti kisah wanita ini yang berbuat baik terhadap rakannya yang merupakan seorang lelaki warga Pakistan.

Menerusi video di TikTok, wanita yang dikenali sebaga Nora Azizah itu telah berkongsi rezeki dengan salah seorang rakan sekerjanya berkenaan.

Saja bersedekah, belikan nasi ayam

Difahamkan lagi, dia mahu menunaikan janji dengan membelikan nasi ayam kepada lelaki tersebut.

Pada mulanya, lelaki Pakistan itu seakan tidak percaya dan menganggap wanita terbabit hanya bergurau apabila ingin membelikannya nasi ayam.

Terkejut bila betul2 diberi nasi ayam, ucap terima kasih & makan dengan penuh selera

Namun begitu, setelah wanita itu membawa nasi ayam berkenaan dan memberikan kepadanya, lelaki tersebut tidak henti-henti mengucapkan terima kasih saat menerima nasi tersebut.

Selain itu, lelaki tersebut juga kelihatan sangat gembira dan tanpa lengah terus menjamah nasi ayam berkenaan dengan penuh selera.

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai yang mana rata-rata mereka mendoakan agar kedua-duanya dimurahkan rezeki.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa lelaki berkenaan tidak pernah makan nasi ayam sebelum ini disebabkan itulah dia terlalu gembira.

Mungkin dia tak pernah rasa nasi ayam

Semuanya manusia, berbaik pada semua orang akan mudah urusan

Sebarkan kebaikan & kasih sayang

Semoga Allah permudahkan segala urusan

Dalam rezeki kita ada rezeki orang

Siapa pun dia, bangsa, agama berbeza jangan anggap hina

Tidak rugi pun untuk kita berbuat baik sesama manusia. Hulurkanlah apa juga bantuan berdasarkan kemampuan diri supaya bantuan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Terima kasih

sumber : OhMyMedia

Harap Maaf