Siasatan Kes Ftnah Caprice – Ebit Lew “SELESAI”

PIHAK polis tidak akan memanggil Caprice ke balai polis sekali gus mengambil keterangan penyanyi rap Caprice berhubung isu k3s ftnah melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengatakan s1asatan k3s ftnah melibatkan pendakwah tersebut telah selesai.

Menurutnya, kertas siasatan (IP) bagi kes berkenaan telah dirujuk ke Bukit Aman.

“Kita telah merujuk perkara ini ke Bukit Aman untuk diteliti. Sekiranya terdapat kekurangan kita akan memperbaikinya, sebelum merujuk perkara berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya, dalam satu sidang media di sini pada Rabu.

Tambahnya: “Kita sedia maklum Caprice telah kembali ke Malaysia, baru-baru ini. Bagaimanapun, tiada keperluan untuk memanggilnya (Caprice) untuk tujuan merekodkan keterangan memandangkan dia telah menjawab persoalan menerusi emel, baru-baru ini.”

Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4za Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Pada 21 Julai lalu, Ebit Lew membuat laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah dipercayai berkaitan isu misi kemanus1aan di Semenanjung G4za, PaIestin.

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

sumber : Gempak

Harap Maaf