Syarikat Aliff Syukri DiBenarkan Beroperasi Tapi Atas Sektor Apa?

MENERUSI sebuah hantaran di laman Facebook nya, usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur selepas syarikat miliknya, D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd dibenarkan beroperasi.

Syarikat Aliff Dibenarkan Beroperasi
Berkongsi sekeping foto yang tertera salinan surat kebenaran yang diperoleh daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), syarikat Aliff dibenarkan beroperasi berdasarkan kIuster yang didaftarkan adalah Peruncitan/Pengedaran/Pemborongan dan tertaktuk di bawah sektor e-dagang.

“Syukur boleh lah kami berniaga” tulisnya

Netizen Pertikai Kebenaran Yang Diperolehi
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen terdapat segelintir netizen mempertikaikan kebenaran yang diperoleh selain menegur usahawan ini bahawa syarikatnya masih tidak dibenarkan beroperasi. Ini berikutan syarikat Aliff terletak di Kota Damansara dan berada dalam Perintah Kawaian Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Malah, menurut mereka syarikat Aliff juga tidak termasuk dalam sektor perkhidmatan perlu (essential services).

Sebagai info, dalam Prosedur 0perasi Standard (SOP) PKPD, hanya sektor ‘essential services’ sahaja dibenarkan untuk beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam, seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan, manakala kilang yang mendapat kelulusan pengoperas1an adalah kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka.

MITI Benarkan Beberapa Sektor Kritikal Lain Dibuka
Menerusi carian Murai.my terkini di laman Facebook Aliff, hantaran tersebut telah pun dipadam tidak lama kemudian. Dalam perkembangan berkaitan, pada petang Rabu, MITI turut membenarkan serta merta sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan rantaian bekalannya, sektor aeroangkasa, mesin dan peralatan (M&E) bagi pengeluaran produk kesihatan dan makanan serta syarikat pembuatan makanan dan minuman utama untuk beroperasi di lokaliti yang dikenakan PKPD di negeri Selangor.

sumber : murai.my

Harap Maaf