Tak Puas Hati Disekat Masuk Malaysia, Amerika Syarikat Mahukan Penjelasan

Dua hari lepas, Malaysia telah mengeluarkan senarai 23 negara yang merekodkan lebih 150,000 kes COVID-19 yang mana rakyat dari negara ini telah dilarang memasuki Malaysia, termasuklah pemegang pas lawatan jangka panjang, berkuat kuasa semalam.

Negara-negara yang terbabit termasuklah Brazil, India, Rusia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Pun begitu, menurut Harian Metro, kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripada kerajaan Malaysia berhubung sekatan memasuki negara ini terhadap AS yang kini kes COVID-19 mencatat 6.34 juta kesFuh banyak gila! 

Dutanya, Kamala Shirin Lakhdir berkata, AS mahukan penjelasan sama ada larangan itu turut merangkumi warga AS yang tinggal di Malaysia, namun ketika ini berada di sana.

Ditanya sama ada AS benarkan rakyatnya keluar negara pada masa ini, Lakhdir menjawab,

“Ya, rakyat Amerika dibenarkan keluar dari Amerika Syarikat.”

Korang rasa tindakan kerajaan halang rakyat negara yang disebut kat atas tu masuk Malaysia wajar ke? Kalau min okay je sebab tak nak kes covid terus meningkat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : LobakMerah

Harap Maaf