Tak Tahan Di “Usik” Tepi Highway, Abang Lori Ini Nekad Terjah “Lembaga” Yang Mengetuk Lorinya

MENJADI seorang pemandu lori bukannya mudah, banyak yang perlu dilalui terutama apabila bertugas di waktu malam. Bukan saja perlu berhati-hati dengan manusia yang berniat tak elok tetapi mereka juga kadang kala terpaksa menghadapi ctuasi diganggu oleh makhluk ghaib.

Keadaan tersebut biasanya berlaku apabila mereka berhenti rehat di tepi jalan yang sunyi atau di sekitar kawasan hutan selepas menempuh perjalanan yang panjang.

Jika ada kelindan yang menemani di sebelah, mungkin perasaan takot akan hilang tetapi kebiasaannya ramai juga pemandu lori yang memandu seorang diri.

Bercakap mengenainya, semalam telah tuIar satu video di TikTok yang memaparkan seorang pemandu lori diganggu semasa sedang berehat di tepi jalan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @gagakdirimbareal itu, lorinya dipercayai telah diketuk berkali-kali sehingga membuatkannya merasa geram.

“Mula-mula seram, lama-lama baran jugak dibuatnya,” katanya menerusi kapsyen di video itu.

Dia dilihat memberanikan diri turun dari lorinya untuk melihat “pelaku” yang menganggunya. Pun begitu, tiada satu kelibat pun yang kelihatan ketika itu.

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 1.6 juta tontonan dan dibanjiri dengan komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

sumber : SiakapKeli

Harap Maaf